11 October 2012

Campur-Campur

Assalamualaikum..

Hari ni aku rasa rezeki aku murah. Kenapa? Mesti ada sangkut paut dengan makan kan? Ye letewww.. Aah, makan ! Benda yang paling i loike. ;p Pagi tadi, aku singgah beli nasik lemak sebelum pegi sekolah. Nasik lemak akak marvelous ni. Memang perghh ! Pastu, sampai sekolah, akak2 ni dok sibuk menghidang atas meja depan bilik guru. Eh, ada potluck ke apa kak? aku tanya. Tak de la. Ni sempena memboikot kantin. Tak sedap langsung, masak ciput, lauk sikit. Akak ni complaint. Aah,betul la tu.. Aku pun naik muak nak makan kat kantin,sebab tu semingu2 aku telan nasik lemak. Sian tekak dan perut.

Then, kami yang muka tak malu ni pun, sebat la apa yang ada. Macam2 wa cakap lu.. memang terbaik la. Ada bakso, ada bubur nasik, ada nasik putih lauk macam2..Masak lemak patin, ayam goreng, sambal belacan, ulam2 and so on. Aku makan, memula bakso.. pastu selang brapa minit, aku telan bubur lak.. Then, balik dari kelas, aku makan nasik lemak.. Tak lama pastu, aku makan buah..Lepas tu, aku makan bubur nasik lagi.. Ekekekkee.. Banyak kannn??

Pastu, masa aku masuk staff room, lepas abeh kelas, aku tengok atas meja aku ada kek. Waaaaaaa. Marble cheese brownies nama nya.. Pengawas peperiksaan yang jaga kat sekolah aku bagi. Haa, macamana akak ni boleh bagi? Actually, akak ni aku jumpa kat dalam FB je. Dia ni sama batch posting dengan aku. Masa dok berkeluh kesah nak posting tu, akak ni memang sangat banyak bagi info and lantang bersuara gak. Huu.. So, aku follow jer.. And dari situ la aku kenal dia.. Dia jaga exam sekolah aku, aku lah bagi direction kat dia, macamana nak sampai ke sekolah aku memandangkan dia stay kat temerloh kan, mana tau jalan terpencil bukit damorr nii.. huu . So, dia bagi aku kek. Gila sedap. Oh ya, akak ni memang ada bakery sendiri. Gila best ^^

Pastu, balik sekolah aku dengan housemate aku ke Temerloh. Pekan yang besar selain Mentakab. Kiranya, kat sini semua ada la.. Kompleks Kerajaan lebih kurang laa..Mas,housemate aku nak amik barang. So, aku follow. Berjalan-jalanlah kami.. Sampai 1 kedai ni, aku dah tengok kain pasang.. LAWA sangatttt !!! Oh!mY......!! sekali tanya harga.. T__________T. Takda lah mahal melampau. Boleh je beli kalau ikut NAFSU. Tetapi, ni kan tengah bulan... Fikir gak, NAFSU PERUT ke NAFSU SERAKAH? hahahaa.. So, i've decided untuk tak membeli la.. Nanti aje lah.. Gitau Mr.A, dia lagi hampeh.. suruh tunggu bonus tahun depan.. Ceh .. Kalau tunggu bonus, aku tak beli kain harga macam tu.. Hahhahahaaha.. BERLAGAK kau ye Ayu ??

So, sebab hajat tak kesampaian, simpan je la nawaitu tu dalam hati. Huuuu.. Pastu, kami pun balik. Aku balik-balik, terus mandi basuh baju, iron baju untuk esok, pastu baring.. Then, Mas goreng keropok lekor, ular sawa ni pun bangun amik keropok dan makan sambil tido. Nice. :)

Ini sahaja untuk hari ni. Jap aku tunjuk gambar brownies dengan kain yang aku dok gila tuuu.. Waaaa..sampai sekarang dok teringat. Adeh.

Ni haaa... Sedap weyyyyyy!!




Ni kain yang sangat cantik. Sumpah lawaaaaaaa :(






# Sejak jadik cikgu, aku rasa aku dah jadi pompuan BANYAK sikit.. ekekekeeke. ^^





Bye!
 

10 October 2012

H A T I

Assalamualaikum..




Kecil HATI

Terasa HATI

Makan HATI













# Tadi godek email lelama.. i found this, 

Awak,

Saya akan redha jika benar jodoh kita dah tiba, walaupun masalah awak belum lagi selesai..

Dan saya tak rasa ianya tidak adil..sbb saya tau kita mampu mengharungi nya kelak.

Iye, awak mesti terus bersabar..selama mana yang awak mampu..dan jika kelak ianya dah melepasi batasan kemampuan awak..

Isya'Allah, jika diizinkan-Nya saya akan datang untuk mengambil awak bagi melepaskan semua beban yang awak pikul selama nie.
 
Sender : Biarlah rahsia....





Bye!

05 October 2012

I think, everything was settled down!

Assalamualaikum..

Kembali menghupdate. Jumaat today.. Sekolah pun singkat je masa. Tak sempat nak pompang2 kat student, tetiba loceng bunyi, berlari hangkut beg menuju ke pagar sekolah, sampai terlupa nak cakap Bye cikgu ! Terima Kasih, lagi lah jangan kau mimpi. Budak- Budak T_____________T.

So, takpe. itu kisah tengahari tadi. Ini kisah malam ini. Sebelum aku berkeluh kesah nak pergi camping Ahad ni di Bukit Rengit, Institut Biodiversiti, di bawah Program , SAMBUTAN TAHUN KELAWAR. what? *weird*. Kelawar pun ada sambutan2 bagai? Huhu. Takpe, tunggu je ahad ni. Oh ya, 3 hari ok. Wahai belog, do miss me yar ^^.

Al-kisahnya malam ini, aku tengah melayan Youtube..Lawak Ke Der disamping melunaskan kerja-kerja sekolah yang tak pernah habis2.. Tetiba, dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Eh tak la sampai terkejut sangat. hover. Tengok nama caller, aku macam terkesima... Dah berbulan2 dan i think almost a year kot, we're not contact each other.. Aku pun dah macam ingat2 lupa.. Huhu.. Lama mata aku terpaku pada skrin hp tu.. Aku biarkan berdering, and at last aku tekan button answer.

'Assalamualaikum...' - caller

''Err..ye. Waalaikumsalam" - aku

'Kenal lagi?'

 "Ermmm.. ye kenal.."

Bla..Bla..Bla...


Perbualan kami berkisar tentang kehidupan masing-masing sekarang ni. And about the past, we decided untuk lupa kan aje.. Yup..tak guna nak ungkit kembali.. Dah sembang kejap, then end of with this word..

'Taking care, kirimsalam dekat ur boyfriend.. Assalamualaikum.."

Persoalannya, siapakah gerangan si caller ini? Ex? Oh no! This guy was one of my friend. DULU. Why dulu? So sekarang apa status? Huhu.. Yeah, dulu dia kawan aku. Kawan terbaik aku. Kami rapat. Dia baik. Sangat baik. And aku sangat senang punya sahabat sepertinya.

But, entah macamana.. satu hari, badai melanda. Huhu.. Kami terputus sahabat. Sebab? Aku malas nak cerita. Benda dah lama.. And start from that day, aku ignore segala2nya tentang dia. Cuma 1 sahaja, FB. Aku tak sampai hati nak remove dia.. Sebab kami kawan. Bukan pasangan kekasih. Maka, aku tak lah kejam nak buang dia terus. So, dari situ lah dia tengok perkembangan aku..katanya.

And tadi, bila dia call semula, aku agak terkejut. Eh, muncul balik? Tapi, aku rasa aku dah bersedia untuk memulihkan keadaan, lantas aku jawab. Alhamdullilah.. i think everything was settle down.. Hopefully, dia pegang pada janjinya, untuk pulihkan semula keadaan.

So, itu sahaja ceritanya.. Persahabatan kami aku harapkan berkekalan. Lagi pulak, kami dah berkawan lama.. lebih 3 tahun rasanya.. Dia pun dah kahwin, dah ada anak pun.. Takkan wujud soal hati dan perasaan dalam persahabatan ini. Yang ini, aku berani jamin. Selagi namanya KAWAN, sampai mati kawan. Ini prinsip aku. Unless, aku dah rasa, aku memang betul2 nak move on, maka aku akan buang kawan aku. Kejam kan? Memang pun. Sekian.


Kepada si caller tadi, i hope after this takkan timbul lagi masalah macam dulu. Kita kawan.. sampai bila2 pun kita tetap kawan. Thanks sebab call i tadi, and even u said u just cuba nasib, sukacita i bagitau...nasib u baik today. :) Take good care of ur beloved wife and son. I pray all the best for u and May Allah bless our friendship.





















* Berkawan biar beribu, berkasih biar satu. - dah tak relevan.















Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...