16 September 2012

Mampoih pi..

Assalamualaikum..

Hoihh, bersiaran dari rumah. hakhak.Lama kot tak berblog di rumah. (eh, macam pernah?) haha. Selamat Hari Malaysia. Semoga aku akan terus berada di Malaysia dan bukan Bangla. ekekeke.
Ini, update ni minjam lappy Mr.A dan berukbennya jugak. TQ Mr.A. :) Ceh, padahal dia dah rasuah aku untuk tolong dia wat 1 kerja. Ceiittt.

Hmm,aku baru siap design kad kahwin abang Mr.A . Ye, buat sendiri. sweet kan? Asalnya, dia kata nak jimat. Tapi pada aku, di samping nak jimat tu, besar erti kalau kita buat sendiri. Hee.Tapi, aku design ikut citarasa aku la. Mak Mr.A said, simple2 aje. Ermm, aku rasa memang aku dah wat as simple as i can. So, hopefully diterima. Aisehh, macam nak propose anak dara orang lak. ekekeke..

So, skg dan pukul 2pagi. Aku tak tido lagi. Bukan senang nak tido lewat macam ni semenjak keje ni. Semak aku kena bangun pagi. hahaahaha.. Tapi, terpaksa la kan. Kalau tak, macamana nak dapat gaji. ok, melalut. Ermm. aku sebenarnya nak cite kat sini yang sekarang ni aku rasa aku macam seorang pemberontak dah. Kau tahu tak penat nak layan kerenah semua manusia? Tahu?

Bila aku cakap, aku tak mampu, jangan paksa. Ni tak, semua nak suruh aku ikut telunjuk. Kang cakap lebih sikit, cakap aku biadab. No.Aku bukan nak jadi biadab. Aku cuma nak bagitahu mereka bahawasanya, perempuan ni pun ada perasaan gak. Jenuh nak penuhi kehendak korang je. Hoih!

Ikut hati, aku malas nak amik tau apa dah.Lantak la. Tapi, aku ni macam tak sampai hati. And sebab sampai hati sangatlah, orang buat macam2 kat aku. Aku cakap apa,semua salah.Semua nak kena dengar cakap dorang. Benci tahu tak? So, please lah.. Aku pun reti penat gak.

At last, aku mula berjinak2 dengan perkataan MAMPOIH PI. Hamekkkk ! aku dah malas fikir dah. Lantak lah sana. Nak jadi apa.Yang mana mampu aku tunaikan. Yang mana tak, aku wat tak tau. Mampoih pi. Haihhhhhhhhhh! Kan dah emo??!!












# Aku rasa, kebarangkalian aku nak dapat skizofrenia macam tinggi je .Tension fikir masalah.




Bye!

12 September 2012

Cerita yang tak sempurna..

Assalamualaikum..

'mak, adik balik Jumaat ni naik bas' - text mak

"kenapa naik bus?" - mak reply

'takda pape, saja. nak cepat' - reply text mak



Jumaat ni nak balik SP. Cuti 3 hari. Nak naik bus kat Pudu rasanya kali ni. Jauh sikit berjalan. Biasalah, sebatang dua batang kara. Heh. So, tak sabar nak tunggu Jumaat.. *guru pemalas*

Hari ni, mood aku sangat kelaut. (setiap hari pun sama what?) Aku macam tak makan satu hari. Takde selera.  Tekak ni macam nak terkeluar je balik semua. Haishhh.. Takde duit sama agaknya. Hik. So, aku macam tak peduli sangat. Makan ke tak makan ke, lantak sana.

Hmm.. cerita yang tak sempurna. Kali ni memang betul2 tak sempurna. Yang rumit, bertambah sukar. Yang tersimpul, bertambah berbelit. Aku benci rasa macam ni. Aku benci ditinggalkan, (even aku sentiasa mintak ditinggalkan). Aku benci. Aku tak suka orang ignore aku. Sebab, dari kecik aku sering saja ditinggalkan. Selalu. Arwah abah tinggal aku, masa aku kecik lagi. Aku selalu kena tinggal dengan kawan-kawan yang lain. Alasan diorang, aku tak ada ayah, tak boleh kawan dengan diorang. Kejam kan? Lepas tu, aku sering kena tinggal dalam setiap keadaan. Apa pun yang terjadi dalam family, aku mesti kena berkorban. Sebab tu aku benci orang tinggalkan aku. Sekarang pun sama, walaupun umur aku 25tahun. Aku masih tak boleh terima.

Masa kecik, aku selalu marah pada mak. Kenapa mak biar abah mati??? Kenapa abah tinggal mak?? Aku benci sebut perkataan abah, ayah. Bila cikgu suruh buat karangan tentang 'ayah saya', 'my dad' or lukis 'pokok keluarga'.. aku mesti marah. Aku emosi. Aku menangis. Aku benci nak sebut , nak lukis nak tulis semua tu. Sebab aku takda abah. Abah tinggal aku masa aku kecik sangat lagi.

Sebab tu , sampai sekarang aku selalu rasa aku sangat teruk. Aku down. Walaupun aku macam berani, kasar untuk semua benda. Aku terpaksa kuat. Buat-buat kuat lebih tepat. Supaya orang tak tindas aku. Tapi, sebenarnya, aku takut serba serbi. Bawak kereta pun aku tak berani. Even selalu je orang sindir aku, 'lesen tu peram je la dalam wallet'.. Takpa.

Sekarang, bila aku cuba keluar dari kotak hitam yang menutupi diri aku selama berpuluh tahun, rupa-rupanya masih lagi aku tak berjaya. Ada sahaja kotak lain yang lebih besar cuba nak tutup aku lagi. Aku dah tak terdaya sangat. Semangat aku hilang. Aku tak faham kenapa susah sangat. Kenapa mesti aku yang kena hadapi semua ni? Aku tak layak bahagia? Jahat sangat ke aku? Apa dosa aku? Sehingga nak rasa bahagia sekelumit pun tak diizinkan Tuhan?

Aku jenis nekad. Bila aku dah betul-betul suka, aku akan buat apa sahaja untuk memastikan aku memiliki apa yang aku suka. Tapi, andai aku dipinggirkan, aku akan pergi sendiri. Aku tak suka berjauhan. Aku tak suka orang bagi aku peluang untuk aku berada dalam ruang aku sendiri. Aku tahu diri aku macamana. Semakin hari diam, semakin jauh aku pergi. Aku jenis macam tu. Alang-alang dah pergi, baik tinggalkan terus.

Kenapa mesti nak sorok-sorok, nak takut-takut luahkan perasaan? Kenapa mesti nak jaga hati orang lain sedangkan lukakan hati sendiri? Kenapa?? Kenapa lukakan hati aku?????????? Kenapa aku yang kena? Tak adil kan? Aku menangis hari-hari, kenapa biarkan?? Kenapa tak sanggup tengok orang lain menangis, Sanggup biarkan aku terluka terseksa demi kepentingan orang lain?? Kejam sungguh dunia.


Pada aku, bila aku dah buat keputusan... beserta segalanya yang aku dah fikirkan beribu kali.. maka aku akan laksanakan. Aku takkan berpatah balik. Bukan tak sayang pada kenangan, pada harapan dan pada impian.. Tapi, untuk apa aku kenang semuanya walhal kehadiran aku adalah untuk sementara? Sedih bukan? Aku letakkan sepenuhnya pada percaturan hidup ku kali ini. Tapi, semacam sama juga seperti yang sebelumnya. Ya Allah, berikan aku kekuatan..

Usai solat Maghrib sebentar tadi, aku panjatkan doa padaNya. Semoga Dia masih beri ketenangan pada jiwa ini. Semoga 'mereka-mereka' tidak lagi menidakkan perasaan ini. Semoga aku ditinggalkan dengan segala kekuatan dan kekentalan jiwa.. Amin Ya Rabbal Al-Amin..

Wahai air mata, sudahlah mengalir. Entah kenapa sayu sangat hati aku saat ini. Terkenangkan segalanya yang pernah aku lalui sebelum ini, membuatkan aku tertanya-tanya, untuk apa aku berada di sisinya selama ini? Ya Allah, Kau sahaja yang Maha Mengetahui..

Cerita aku ini, untuk kesekian kalinya menjadi cerita yang tak sempurna. Macam lagu kat bawah ni..


'HARAPAN...HARAPAN MENJADI LAYU...'
'INGIN KU BAHAGIA BERSAMA..'
'MENJADI KENANGAN..'
'MEMBURU IMPIAN masa kita selamanya...'
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
# Acapkali, hanya aku yang perlu mengalah. Kenapa?





Bye!


11 September 2012

Masalah? ... oohh, ia kembali !

Assalamualaikum...

Hai belog. :)  Hari ni, hari Selasa. alahai.. terkejar2 betul kat sekolah. Kena handle budak PMR. alamak.. Aku dah la tak tahu pape.  Selamat la ada jugak saki baki ilmu masa kat U dulu.. Hee. Lepas tu, mood aku sangat tak baik hari ni. Semua budak aku rasa nak marah.. Tapi, tak marah pun. Just aku tak banyak bergurau macam selalu. Aku taknak campur adukkan masalah peribadi dengan kerja. MASALAH? oh.. ia kembali.

Ermm.. nak share ape hari ni? Nak berbicara soal hati lagi? Kat sini ajelah tempatnya.. Tempat yang aku guna untuk luahkan semuanya.. Memang, ini bukan saluran yang betul. Tapi setidak2nya aku tak mencanang di FB, Twitter, dll... Aku tulis di sini.. kerana apa? kerana tak mampu nak tanggung semuanya. Yang aku taip di sini pun sebahagian sahaja.. selebihnya, aku khabarkan pada Dia..

Semalam, isu itu muncul semula. Setelah aku cuba padamkan dari kotak ingatan aku. Aku cuba buangkannya jauh2. Walaupun aku sebenarnya sangat tidak mampu. Aku gagahkan jua. Usah ada dendam, maka aku jalani kehidupan aku seperti biasa..

Tapi semalam, isu itu berbangkit. Sehingga malamku, tidurku ditemani air mata sekali lagi. Aku sedih, aku marah, aku terkilan... Kenapa mesti dipertikai hal itu kembali? Maaf, aku belum bersedia. Maka jangan paksa aku melakukan sesuatu yang aku tak suka dan terpaksa.. Aku bukan tak nak mengalah. Aku mengalah selama ni. Aku lakukan yang terdaya . Aku pergi jugak mengadap semuanya, walaupun kedatangan aku semacam tak diterima.. Aku diamkan.. Aku taknak berkira sangat. takpelah, orang tak suka kita pun.. Yang penting, rasa hormat aku pada si ibu masih ada. Itu yang terpenting. Maka, aku mengalah.

Sehingga isu semalam muncul, kesabaran aku dipertikai. Aku dikatakan taknak mengalah. Ya Allah.. luluhnya hati ini. Pengorbanan bagaimana lagi yang dituntut? Aku tolak tepi rasa kecewa aku, demi kasihku padanya. Demi sayangnya aku pada hubungan ini. Jadi, bagaimana lagi? Salahkah aku? Sungguh aku terkilan.. Namun, aku diamkan.. supaya keadaan tidak menjadi keruh.

Aku tak mampu mengaku salah aku, kerana aku tidak pernah tahu apa punca sebenar. Sumpah,kalau aku diberitahu lebih awal, maka aku akan undur diri. Tiada masalah. Tetapi, disebabkan orang lain, aku dihentam sedemikian rupa.. sehingga aku dikecam dengan pelbagai kata2.. Ya Allah.. beratnya dugaanMu..Aku pasrah.. Aku mampu untuk terus membalas kenyataan tersebut. Hak aku untuk bersuara. Tapi, aku pendamkan sahaja.. Aku diamkan kerana apa? Kerana hubungan ini.

Maka, jangan pertikai kesabaran aku. Sikap ku. Sumpah, aku tidak pernah ada masalah untuk bergaul dengan sesiapa sahaja. Sama ada yang pernah menyakiti ku atau tidak... Aku begini. Memang begini.. Walau tanpa perkataan sepotong perkataan maaf, aku tak pernah kisah. Cuma, aku rayu moga benarkan aku menjaga sedikit hati aku sendiri. Kerna, aku sudah terlalu penat menjaga hati mereka yang lain. Penat.

Biar masa yang menentukan. Walaupun ini mungkin takdirnya, aku rela melepaskan 'kebahagiaan' ku yang baru saja hendak tercipta ini.. Asalkan, hubungannya bersama mereka tidak akan pernah terjejas.. Tinggalkan aku orang luar, kembalilah kepada mereka..

Sungguh aku sudah tidak terdaya memikirkan hal-hal lain.. Terlalu banyak yang perlu difikirkan tika ini.. Masalah aku, kiri kanan depan dan belakang. Maka, untuk berfikir tentang hati, dan perasaan orang lain, aku semacam tiada masa. Maafkan aku kerana bersikap begini. Doaku, semoga Allah membuka pintu hati mereka dan 'menampakkan kepada mereka, perkara yang terselindung..' Dari hati kudus ini, tiada dendam yang tersemat. Cuma, untuk aku memulakan, merungkai apa yang terjadi, menjernihkan keadaan yang bukan berpunca dari diri aku, itu amat sukar.

Pesanku, jangan pernah berasa bersalah atas apa yang terjadi. Hati aku, aku jaga. Jangan risau. Aku tak minta sesiapa untuk memahami mengubati segalanya. Hanya, jangan minta aku koyakkan semula luka yang telah hampir sembuh.. Biarkan aku mengubatinya....









# Cinta perlukan pengorbanan. Tapi, jangan minta aku berkorban apa yang aku tidak mampu. Tolong.




Bye peeps!














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...