02 June 2012
Coretan di Pahang...
Assalamulaikum..
Salam sayang wahai belog.. Acececehh.. bersiaran aku dari Mentakab, Pahang. Rumah Nadia.. Aku dah dua hari kat sini, setibanya balik dari bercuti.. Alahai.. macam2 perasaan, tapi ku gagahi jua... Tak boleh nak ikut perasaan sangat. Kang mula la pikir mcm2..
Jom nak share cerita perjalanan aku sepanjang aku berada di bumi Pahang ni.. Hari tu tak sempat, sebab pakai HP. Hampeh jerr.. Now, guna lappy.. bereh lah.
20/05/2012-21/05/2012 - Aku bertolak ke Selangor. Dengan Mr.A, Mak, dan Pikah. Malam kami bertolak. Sepanjang perjalanan, aku tak rasa pape. Sebab mak, Mr.A masih ada dengan aku. Dan memikirkan keseronokan nak berjalan ke ICity, (sempat lagikkk kan?) ahhaha.. maka, aku rilekss jerr.. Thanks semua yang cukup banyak, membantu aku. Barang-barang, aku bawak 1 backpack, 1 beg tarik balik kampung, 1 beg laptop. Itu sahaja. Sebab aku memang bajet boleh balik cuti. ekekeke.. Duduk rumah Mr.A , hari pertama rasa nak gile. Sebab tak boleh kemana2. Hahaha.. Hanya tunggu si dia balik kerja, malam tu kami ke Icity! horeeee! Aku kan over..demand macam2.. Last2, dapat lepak sama dengan bff aku, Pak Lah. Yeaaa! Keseronokan berganda.. Hmm.. sepanjang di rumah Mr.A, aku rasa aku macam bini orang. Hahaha. Iron baju dia, lipat baju dia, tapi yang basuh baju aku, dia. Haha. Thanks sayang. I kan pemalas. =)
22/05/2012 - Hari kedua. Malam ni, malam terakhir aku berada di samping mak. Huu. Sedih. Mr.A belikan tiket kat mak, jam 11.00malam. Mr.A hantar kami ke Restoran Sate Kajang, Haji Samuri, then pandai-pandai la bawak diri.. Sebab dia ada meeting. Tak ada hal . Aku bab makan, ok jer.. Huhuhu.. Selesai makan, off we go. Hantar mak kat Hentian Kajang, mak naik bas.. Kami pun gerak. KAMI? Ye, aku dan Mr.A . He's willing to send me ke PPD TEMERLOH. oh My! ingat dah nak kena naik bus berhangkut segala mak nenek bagai. Syukur Ya Allah... Hee.. Malam tu, singgah jalan kat Uptown Jalan Reko, Kajang. Jalan je duit takde T_______T. Then, gerak la kami. Aku selamba badak tido sepanjang perjalanan. (Takut esok mata sembab kalau tak tido) hahaha. sangat selfish. Padahal, Mr.A lagi kesian, pukul 10 pagi kena attend meeting. Gagah jugak dia bawak keta. Sorry yang. ;p
Exit tol Temerloh, kitorang pun rest jap dalam keta. Aku tido je. Walaupun hati tak best. Taknak pergi TEMERLOH rasa. Huuu..
23/05/2012- Then, subuh. Bangun mandi sembahyang, siap2 tunggu fettynita datang. Tunjuk jalan ke PPD TEMERLOH. Here we go. ! huuu.. sampai sana dah jam 8 pagi. Then, Mr.A dah nak balik. Nak pecut ke Selangor lak.. Siannye la.. Thanks sangat. Aku? Tinggal la kat situ. Seronok ada, takut ada, susah hati pun ada. Dengar taklimat segala, last, jam 12pm, diumumkan.. Surat dikeluarkan.. Nama aku antara yang terawal.. Fuhh.. Bukak surat, sekali... TAHNIAH , ANDA DITEMPATKAN DI SMK BUKIT DAMAR, LANCHANG, PAHANG. Terduduk aku. LANCHANG?? Mana weyyy?? Aku tanya2 orang situ, alamak.... dia kata jalan nak ke KL. Bentong, Karak. Soalan aku, 'kalau nak ke KL, jauh tak? Trosssss! hahahahahaa. dorang kata, tak. 2 jam jer.. fuhhh , lega. hakhakhak..
Setelah itu, taklimat oleh PPD memasing.. AKu dah mati akal. Fetty punya sekolah jauh. mana boleh nak bawak aku semua. Aku dah nak nanges dah. Haha. Tapi, belum lagi. Lastly, kenal nadia. Satu sekolah dengan aku. Budak Mentakab. aku, 'boleh saya tumpang rumah awak? saya tak tahu nak stay mana.' Selamba jerrr.. ah, janji aku ada tempat tinggal malam tu. Ikut hati, nak je aku naik taxi trus pegi sekolah dengan segala backpack aku. hahaha. aku kan nekad sikit. Tapi, pikir jugak. Buatnya pengetua tak ada, macamana? Sudahnya, aku menumpang di rumah Nadia.. Ya Allah, syukur sangat. Family ni, macam family aku dah. Sangat2 baik.. Mak, Ayah, adk beradik dia.. Aku takkan lupa sampai akhir hayat. Cukup baik. Tak kisah langsung. Makan minum aku terjaga. Sumpah terharu..
24-25/05/2012- aku pergi sekolah.. Ya Ampun, ini lagi satu hal. Sangat peramah, baik gilozzzz.. Dari Pengetua, PK Pentadbiran, Cikgu2 sampailah ke akak2 kerani.. MasyaAllah.. Sangat sporting. Suka sangat aku. Tak lah aku terpaksa skemmmmmmm je 24 jam. Hahahaa.. Dua hari di sekolah, hari last aku kena jadi emcee. suka sangat pengetua nak suruh aku. Takde hal. AKu on je. So, bercuti la lepas tu. Seminggu! Yeay!!!
26/05/2012- Mr.A datang ambik aku kat Mentakab. Kami nak gerak balik malam tu. Sempatlah dia bawak aku jalan kat The Mines.. Malamnya, kami balik naik bas. Tak pernah aku terfikir pun yang kami akan naik bas sesama, balik sesama.. Hahaha. Gila rasa. Sumpah best!
27-31/05/2012 - Bercuti di Sungai Petani nan indah.. ahahhaa
31/05/2012- Malam tu dah gerak balik Pahang semula.. Aku ada tugas yang menanti.. Kena jaga kelas tambahan.. 04/06/2012-08/06/2012. Siot. hahahaa. kalau tak dah lama aku bercuti lagik. Takpela, tugas tetap tugas.
So, sekarang masih menumpang di rumah Nadia. Nanti, housemate aku dah balik, aku pindah. Ni nak pergi basuh rumah. Yeeeehaa! Thanks sangat kepada NADIA especially kerana banyak sangat membantu. Mr.A, tak yah cakap lah. Lagikkk banyak.. Huhu..
Semoga aku terus kuat. Kuat untuk mengubah nasib ...Doakan yang terbaik. Moga dipermudahkan semuanya.. InsyaAllah..
# nanti upload gamborrr..... heee. banyak sangat nak diupload nanti..
Bye U'olss!
29 May 2012
ini dahulu..serba ringkas
Assalamualaikum..
Ye,aku dah lama tak menaip kat sini. Apakan daya masa aku macam bukan 24 jam. Inipun mengupdate guna hp. Huhu.
Aku bercuti seminggu. Setelah 4 hari kat sana. Nak aku coretkan semua,tapi mcm tak sempat.
Aku nak coretkan mcmana aku menjejakkan kaki di sana,mcmana aku menebalkan muka minta utk
menumpang tido kat rumah orang. Macamana suasana sekolah aku. Tapi,tak ada masa.nanti aku
Apa yang pasti,aku sangat bersyukur allah permudahkan segala urusan aku di sana.
Special thanks to:
-mr.A yang tetiba terlupa untuk mengeluh spt kbiasaan walaupun penat
-nadia dan family yang sgt bhati mulia
-naveen, kawan baru yang dah mcm dah knl setahun
-warga smk bkt damar yang sempoi
-kawankawan yg mendoakan
thanks semua.
Aku tak tahu nak masukkan gambar..kalau entry ni pelik,ia salah hp. Haha
#frust nk masuk gambar tak boleh!
Bye!
21 May 2012
Aku di Selangor.
Assalamualaikum..
Semalam, aku bertolak dari teratak bonda menuju ke Selangor. Bersama mak, pikah dan Mr.A. Mr.A drive sensorang semalam. Kesian. Tekun je dia. Aku? Lesen aku hanya untuk simpanan persendirian. Heh. InsyaAllah, 3,4 bulan lagi lesen aku akan dapat berfungsi semula. D confirm, 2 tahun dah. Malu sikit. Huh.
And happy sangat sebab dah dapat surat semalam. Surat cinta dari JPN Pahang. Ya, PAHANG. *tetiba takut nak sebut*. ekekekee. Berat hati aku semalam... Dengan bag yang banyak, ya ampun. macamana nak hangkut nnti dengan berbaju kurung? fuhh.. semua simpan dalam kepala. Yang penting sekarang, nak memanfaatkan masa-masa yang ada bersama mereka yang tersayang. Fuhhhh..
Semalam jugak, aku tak tidor. Haha. Aku takut, kang terlelap, kereta ke longkang. So, setia temankan Mr.A drive, walaupun tak bercakap. Dah pagi2 buta, kau hadap lagi nak riuh sekampung? Alhamdullilah, selamat semuanya. Sekarang, saat ini aku bersiaran dari Selangor. Macam tak percaya je. Semalam masih lagi berpijak di tanah SP, sekarang, dah tanah SELANGOR. esok, tanah PAHANG. huhuhu.. Utara, Selatan , Timur. Ya Allah, permudahkan lah segalanya.
Esok malam, *pagi buta actually, * aku akan dihantar ke Temerloh. Waaaaaa! Macam2 rasa sekarang ni. KOSONG. adoiyai. Entah nak seronok atau apa. Sedih, esok mak dah balik. Sedih, aku kena bersusah payah sensorang. T_________T.
Ok la, aku tak tau nak tulis apa dah. hee. Excited nk pi jalan malam ni. ekekeke. Sempat lagi. huhu. Eh, semalam dapat ini : Cdt to ....... THANKS !!!!

# Ada 3G, boleh online. Harap sekolah nanti ada wifi. Sekian.
Bye belog!
Subscribe to:
Posts (Atom)