04 January 2012

Kenapa Perlu Sombong?

Assalamualaikum..

Hari ni sibuk mengemaskini file. File apa? File sijil-sijil. Macam banyak sijil . Padahal..........
Kenapa sibuk kemas? Sebab ada ura-ura mengatakan interview yang setelah sekian lama ditunggu bakal menjelma bulan ini. Entah berapa % kebenarannya, sama - sama kita tunggu dan lihat. (kenapa mesti sama-sama? Bukan ke aku sorang je patut tunggu? LoL ) Ok, bila tiba keadaan macam ni, perasaan CUAK TAKUT, GEMENTAR, segala mak nenek mula ada dalam jiwa dan minda. Serius cuak woi! Dah lah tunggu lama, pastu dengan interview yang dengar cite susah nak mati, pastu, kau silap SIKIT je,dengan mudah ditendang keluar sebab berpuluh ribu calon lagi dok menanti.

Sekarang cakap kenapa aku tak perlu cuak??

Dan menjelang detik cemas macamni, mula la meminta jasa baik member2 (yang betul2 member) untuk tolong pass kan nota2 yang berkenaan kalau ada. Email lah. dah jauh kan? So, tak ada dah rasa malu nak mengaku yang selama ni memang tak amik tahu langsung hal dunia semasa. Yang sentiasa diupdate adalah perihal artis (aku lah) hahahaa.. Maka, akan bertalu-talu lah SMS dihantar kepada member2 sekalian alam, "wey, ada pape info bagitau la. Jangan lupa." "eh, aku dah email nota yang aku ada. kalau ada yang terbaru, share2 lah"..
Ini bunyi msg sekarang ni. Tapi ada juga menyelit, ' weh, aku ada gosip ni... hang taw dak..bla..bla..bla.."
Kehkehkehkeh..

Bila berada dalam situasi ni, situasi saling perlu memerlukan, aku terfikir kalau lah tak ada kawan-kawan yang willing untuk membantu kita, bagaimana? Memang kita boleh cari sendiri, tapi seronok ke? Tak langsung. Kau ada ilmu, kau sorang-sorang. Tak dapat nak share dengan orang. Bosannya..

Aku lagi pelik bila ada orang yang sombong tahap dewa bila dah tau susah, lagi nak berlagak macam hebat tak perlukan bantuan orang lain. perghhhhh... Ok, fine. Kau tak perlu bantuan orang lain, tak pe. Tapi, bila ada yang ikhlas nak menghulurkan bantuan, kalau pun tak nak, berhemahlah menolak keikhlasan orang. Kadang-kadang aku terfikir, kat sekolah mana dia belajar?? Langsung tak pandai nak berbudi bahasa dengan orang. Letak diri pada tahap tertinggi.. Kalau betul2 terpuji, ok. Masalahnya, zero der... Diri sendiri hampeh, ada hati nak berlagak hero.. Alahai.. kesian.

Kita tak sempurna, betul. Tapi, itu bukan tiket untuk kita meminta orang lain terima ketidaksempurnaan kita atas alasan , 'aku dah memang macamni.'  Jujur, pada aku, orang yang selalu menggunakan alasan ni, adalah mereka yang sebenarnya seorang yang suka mengambil kesempatan. Bagaimana? Dengan menggunakan alasan, MANUSIA TIDAK SEMPURNA maka sampai ke sudah la langsung tak ada inisiatif untuk berubah.. 

Siapa kawan-kawan dia?Siapa yang nak kawan dengan dia? Dan siapa yang tahan berkawan dengan mereka yang dalam kategori ini? Kalau hari ni, masih ada yang masih mengambil berat akan kesusahan diri kau, masih ada yang sudi nak berkongsi segala masalah kau, masih ada hati yang sudi nak membantu kau, KENAPA PERLU SOMBONG? Boleh menolak pertolongan orang. Kalau kau rasa tak berbaloi untuk dia menolong kau. Tapi, boleh tak menolak keikhlasan orang in a proper way? Kau tak belajar nilai-nilai murni masa sekolah rendah? atau kau belajar, tapi pemalas nak ingat? atau kau memang langsung tak pernah terapkan dalam kehidupan kau? Ikhlas dari aku, Sia-Sia manusia jenis ini hidup berpuluh tahun dalam dunia.

Susah kalau asyik fikir diri sendiri best sangat. Lagi susah, kalau asyik fikir orang lain semuanya tak best. Sangat susah. Berhemah la dalam menolak keikhlasan orang lain. Kau memang ada hak untuk menerima atau menolak pertolongan orang. NOBODY can force you. TAPI tak berdosa kalau kau menolak pertolongan orang dengan cara tertib. TAK BERDOSA ok. Andai satu hari nanti, dah tak ada yang teringin nak dengar nama kau, dah tak ada yang sudi nak tengok muka kau dan dah tak ada lagi yang sanggup peduli masalah kau, baru kau tahu langit tu mendung ke cerah.

Tak salah kita menghargai keikhlasan orang lain. Sekurang-kurangnya masih ada yang sudi nak menolong kita. Bukan senang nak cari kawan sejati yang sanggup susah senang dengan kita, walaupun perbuatan dia dalam menolong kita tu tak masuk akal kadang-kadang. But, kenapa mesti pandang dari sudut negatif? Kau tak nampak betapa dia sedaya upaya nak menolong kau yang dalam kesusahan? Buka mata celik hati sikit. Kalau pun perbuatan dia tak logik, ada cara untuk kau menegur ketidak'logik'kan perbuatan dia.

Aku hanya meluah rasa kerana aku sangat tak faham dengan manusia yang ada 'ciri-ciri' ini. Entah apa yang ada dalam hati dan akal dia, Allah saja yang tahu. Tak perlu nak sekolahkan orang lain kalau diri sendiri pun tunggang langgang. Kalau aku ada company, ada pekerja aku yang macam ni, sumpah aku pecat terus dengan notis 24 jam dan aku akan cakap macam ni bila dia tanya kenapa buang saya?

" PR awak tak bagus. Awak langsung tak ada kemahiran dalam menggunakan kata-kata. Client-client saya tak selesa berurusan dengan awak. Awak tak ada rasa nak belajar mengurangkan kekurangan yang awak ada. Jadi bagaimana awak nak meyakinkan saya yang awak mampu meningkatkan mutu syarikat? Sedangkan awak sendiri gagal untuk memberi keselesaan kepada saya? "

(Sebab tu aku tak jadi boss) - Sekian.

Tulisan di baju tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.





:: Credit untuk staff-staff JPN Sungai Petani, sangat harmoni dan mesra. Rasa nak duduk lama-lama kat sana semalam dan  tukar  baru segala pengenalan diri yang ada.. Hahaha. Syabas. ::





# Seseorang itu tidak dinilai berdasarkan ketinggian ilmunya sahaja, bahkan yang terpenting adalah ketinggian budi bahasanya. - Prof. Dato' Dr. Nurul Yuhanna. Hahahahahhaa..





Bye!

02 January 2012

Oh! Adikku Lelaki Rupanya ..

Assalamualaikum..

Kehkehkeh.. Jap , aku nak gelak dulu. Tah pape tajuk entry.

Ceritanya macam ni, semalam aku balik keja. Aku belikan McD Prosperity 3 set untuk aku, dan 2 hero di rumah aku tuh. Aku memang dok tunggu burger tu pun. Yang ayam punya, sebab aku tak makan burger daging. Beli, bawak balik dan makan and i think semua orang patut kenyang lah kan?  Selesai makan semua, berlingkarlah depan tv. Sekali  mak aku mintak masakkan maggie kat dia. Aku terus bangun masak.

Then, tengah masak, adik aku yang bongsu, akim ni pun request satu.

"ayu, masakkan 1 untuk akim.."

"Ah, tak nak aku. masak ar sendiri."

Aku memang kejam hati tak masakkan . Sebab actually, dia boleh je masak sendiri. FYI, akim adalah budak sekolah darjah 5 yang sangat liat ke sekolah. Haha. Kejamnya hati ni, pas selesai masak untuk mak aku, aku sambung tengok TV balik. Men lompat-lompat channel.. TV3, 104, 611, 811.. macam bongok lagikk..

Akim tadi, lapar gamaknya, dia bangun la pi masak maggie untuk diri sendiri. Sekali datang dengan periuk-periuk bawak tunjuk kat aku.

"Air banyak ni cukup?"

"Buang sikit, nanti cair sangat"
- aku master masak mee segera ok ! LoL

Aku sambung tengok TV.. (TV kitorang kat dapur.. So,kat ruang tamu memang tak ada TV. Boring kan?) Haha.. So, aku dapat tengok la akim ni masak. Keletang Keletung bunyi. Padahal maggie je pun.

Tengah tengok TV, tetiba aku dengar akim ni jerit..

"adoiiiiiii !!!!! "

Aku dengan Aiman (adik sulung aku) berlari la pegi kat dia. (Tak la lari sangat, dekat je. Aku sempat lagi tukar channel TV) Hahaha.. Aku pegi tengok maggie dah tumpah atas dapur, kuah dah meleleh tumpah membasahi lantai dan air mata akim dah tumpah memcucuri baju. Kehkehkeh.. Nangis ko dik? Haha.

Akim tadi pegang tangan dia, sambil tunduk menekup muka.

"Oi, hang awat?" - aiman tanya

Akim masih nangis.

"Hang tanya pa? Tak nampak maggie dia tumpah. Ambik la kain lap." - Aku jawab menyembunyikan ke'cuak' an

"Apa kecoh-kecoh kat dapur tu? Awat dengan akim? "
- Mak aku pulak.

"Tak ada apa, maggie akim ni tumpah. " - Aku dengan Aiman jawab.

TAK ADA APA?? Padahal tangan budak tu dah melecur. Hahaa. Aku suruh dia basuh kat sinki. Pastu letak ubat gigi Safi. Ah, lantaklah kalau tak boleh pun (orang kata jangan letak ubat gigi kalau melecur). Dah itu je yang aku tahu. Hahaha..

Pastu, dia masih nangis.

"oi, jangan la nangis. Bila hang nangis, mak marah kami. Diam la. Sikit je pun." - Aku

"Tu la, ayu tak nak lagi masakkan untuk dia." - Aiman.

" Ah, sapa suruh akim bongok sangat? Letak pinggan pun tak betul. Tak nampak ke, tak rata situ? Letak la tempat rata." - Aku

Hahahahahha.. pakat menyalahkan satu sama lain. Sebab cuak mak aku bising. So, nak tak nak aku kena masak lagi sekali maggie untuk dia. Mengada betul !!

Sebab apa insiden ini boleh terjadi? - Kerana LELAKI tetap LELAKI..

Kahkahkahkahkah!


Kami hanya makan Mee Segera Jenama Ini Sejak Azali lagi !


# Mee Maggie sedap dimakan, cepat mati. ( Tapi dia sedap dan mengenyangkan! ) Bangsa Degil. Sekian. :)




Bye!

01 January 2012

Welcome Tahun Naga

Assalamualaikum.

Hari ini punya tarikh adalah 01.01.2012 / 7 Safar 1433H. Selamat Tahun Baru lagi sekali.

Haishhh.. hari ini adalah hari Ahad. Ya, aku benci Ahad. Sebab ramai warga asing. Jap lagi kang, cc aku akan serabut. Diorang sangat pengotor. Lantak sana nak kata aku kutuk ke apa, memang pun aku kutuk.Bila diorang pengotor, maka aku akan penat esok pagi. Nak kena vacum carpet segala. Smoking dalam cc ni padahal terang-terang signboard NO SMOKING berada di dinding setiap PC. Damn!

Eh? emo di tahun baru? Haha. Nasib ah. Aku memang benci. Ok. dah lah. Penat rupanya membenci orang ni. Hahahaha.. Nak story apa ya? Ha, pagi tadi before pergi keja, aku sembang jap dengan mak aku. Berikut adalah perbualan ibu dan anak. Macam jenama ubat batuk.

Anak : Hari ni dah 1hb dah. Dah masuk tahun baru .

Ibu : Yelah, sat je.

Anak : Hari ni, adik dah 25 tahun.

Ibu : Eh, mana sampai lagi. Bulan 11 nanti la.

Anak: Ala, kalau kira tahun, haa dah 25 lah. 2012-1987.

Ibu : Awat? rasa tua ke? Tapi, ada orang cakap kat mak, ayu tak nampak macam umur 25.

Anak : Habis tuh, diorang cakap nampak macam umur berapa?

Ibu : 19, 20 tahun je...

Anak : Mak, diorang tu perli ke apa??


Hahahahaa.. Aku tak tahu siapa yang cakap. Sama ada diorang perli sebab memang nampak sangat kebudak-budakan atau memang aku awet muda. Wakakaa.. Lantak pi. Take it as a .... what ha? Aku positif aje. Umur 25, tapi nampak macam 35 ATAU umur 25 tapi nampak macam 19 tahun. Which one do WE prefer? Of course the 2nd one kan? Hahaha. Semoga aku akan nampak budak muda selalu. Perasan. Hahahaa.

Hmm... Bila bercakap soal usia, baru terfikir betapa selama ni hidup macam sia-sia. Kenapa? Sebab langsung tak pernah terfikir nak menghargai orang-orang yang ada di sekeliling. Mak, Ayah, Kakak, Adik, Kawan-Kawan, Scandal.. eh? Haha.. Tapi, bagi aku, aku actually dah berusaha untuk melakukan segalanya dengan terbaik walaupun mungkin kadang-kadang mewujudkan rasa kurang senang kepada orang lain. Untuk itu, di tahun baru ini, aku nak minta maaf kepada mereka-mereka yang pernah aku sakiti baik dari fizikal mahupun apa eh? errr... senang cakap kalau aku ada buat korang terasa hati. Haaa.. macam tu. Actually, tak ramai yang membaca belog ni. Kawan-kawan terdekat aku je kot. Tu pun kalau baca. Maka, kat korang lah ni aku tujukan. Yang bukan kawan aku, aku tak jahat pun dengan korang ok so tak payah mintak maaf kot. haha.

So, untuk tahun baru ni, tahun Naga ni.. cehhhh... Naga berapi sokmo, aku harap aku dapat menjalani kehidupan ni dengan lancar. Siapa yang nak hidup susah? Ye dop? Kalau nak kahwin nanti, aku akan cakap kat bakal suami aku siap-siap, yang aku tak nak hidup susah LAGI. haha. LAGI ok. Bukan demand yang teruk-teruk pun. Kehkehkeh. Ehhhhhhhh? Kenapa cakap bab kahwin? euwwww...

Memang akan berhadapan dengan soalan kahwin start tahun ni. Pasti. Kakak aku orang terawal cakap.
'eh, hang dah 24 ke Ayu? ke 25?? Weh, aku dulu umur macam ni dah kahwin'..
Jawab aku, "so????? aku mesti kawen sama umur macam hang la? "

Hahahaa.. Secara kesimpulannya, apa yang aku nak story hari ni? Random. Segala yang terlintas aku taip. Kepada yang sentiasa bersama aku, sudi menjadi sahabat aku, peneman aku, terima kasih. Kepada yang jugak menjadi peneman aku, tapi sering menyakiti aku, aku  nak ucapkan lagi banyak terima kasih. Takpe buat orang sakit hati, kau tengok nanti apa yang Dia dah janjikan untuk kau. Ha, main-main lagi! Perghh..macam gangster boleh ugut-ugut orang. Kepada yang dah berkahwin, sila jaga isteri atau suami anda baik-baik. Kalau si suami gatal, jangan selamba badak kau nak tuduh perempuan lain yang gatal. Kepada si suami yang gatal, sila ingat yang isteri kau adalah stalker terhebat. Sekian. (KENAPA ni?) 


SEKADAR INGAT MENGINGATI. 
Kalau dah kahwin jangan susahkan aku yang bujang ni. 
Eh? Apakah?









Jangan sampai aku fire macam dragon kat sebelah ni.




 


# Bila hati sakit, semua nak carut kat sini. Pastu baru tersedar yang tajuk entry tak ada kena mengena dengan apa yang dientrikan. Sekian.



                      

Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...