18 November 2011

Kekayaan 'w' mereka


Assalamualaikum..
Aku nak share something yang aku jumpa pagi tadi.. Datang keja pagi tadi, aku sibuk kemas CC aku ni, tetiba aku jumpa benda alah ni.. kehkehkeh.. mula nak buang, tapi, bila aku baca...alamak, benda ni boleh post kat blog ni.. (terus idea jahat datang).. Well, aku bukan nak menjahatkan sesiapa..No No No ! Aku nak share dengan semua, betapa anak-anak muda ehem..ehem.. aku pun muda juga k...taknak kalah.. haha.. I mean, budak-budak sekolah skg ni..alahai... cukuplah advance.. Sebab apa aku cakap advance? Bila aku tengok budak-budak sekarang, aku macam...weyyy, kenapa aku dulu tak macam ni pun? Kenapa dulu tak ada benda camni punnn? Hahaha...Aku cakap macam ni pun sebab aku ada adik yang meningkat remaja ok.. maka, bila lihat benda yang aku jumpa pagi tadi ni...disamping rasa macam nak plangkung je budak-budak ni kalau jumpa (tapi aku tak dapat kesan sape) Aku dah terkekeh-kekeh ketawa...

Nak ketawa sama tak? Inilah dia ...!
Nama terpaksa diblurkan atas sebab-sebab peribadi..wakakaka!

Ni aku siap buat translation dia walaupun kepala aku dah pening2 tapi tetap semangat nak bahan orang.
kuang ajo! 

..... rindu sgt dengan .......ni
(salam, ....... 29 ny (ni) jadi tak pergi .....(somewhere else kat SP)
Em..jadi.. kna pa (kenapa) .... ktop (tutup) nset... la ni (sekarang ni) pakai 6ber (number) peW ? (pe)
...... rindu sgt ni..
hurm, nset kna rampas ni pown (pun) pinjam nset mmbe jeW (je)
K x peW (pe) ..ni pown guna st (sat) ja kan 6br ni.... uat (buat) active 10 rugi lak an.. xpela i love u..i miss u, bye syg..
Bla...bla...  aku dah pening ! hahahahaa..

Perhatikan  huruf  W dia...W weyh, W...!!!!


Ok,ok..pening kan? haha.. Aku yang translate ni pun lagi lah pening.. Aku expect, budak perempuan ni handset dia kena rampas, pastu dia pinjam hp kawan dia msg bf dia ni lah.. Tapi budak perempuan  ni macam dah tak brapa suka kat bf dia ni..(merujuk ayat last dia...'sayang kot'..) Tapi, si bf masih lagi sygkan gf dia ni..Hahahhaa..Agaknya lah.. Tapi, aku tak tau apa motif budak ni salin balik dalam kertas ..Maybe dia nak tunjuk kat kawan dia atau upload kat FB? kahkahkah..  Aku dapat agak budak-budak hingusan  ni dalam lingkungan umur 14-15 tahun..baru nak naik kata orang... hahaa.. Tak kisahlah kan.. SMS nama pun.. Tapi, bahasa diorang... Ya ampun, mau tergeliat lidah baca..  Paling tak boleh blah, aku cukup benci dengan penggunaan huruf W yang sangat 'mewah' di belakang perkataan tuwwww... (nahhh, aku dah terpengaruh..) LOL..

Kadang-kadang benda ni, kita akan ..'ek, eleh..nak kecoh pe kes? benda kecik je..kau pun buat'.. ye, kalau kita yang dah separuh abad ni guna, kita masih boleh fikir, nak guna time bila..Tapi, budak-budak yang PMR pun tak lepas lagi ni, sejauh mana diorang mampu nak fikir bila time kena buat karangan BM , 'eh tak boleh guna bhs aku SMS dengan awek aku..bhs SMS aku maki kawan aku'.. Kau ingat diorang mampu sangat ke nak berhati-hati bila menulis karangan BM?? Selepas itu jadi pastu, Nasi jadi Nasik,  Aku jadi Aq.. apa jadi apeww... eh? haha..  aku tension bila banyak sangat W ni.. cm nk WWF je dorang ni.. kehkehkeh.. Tapi, itulah dia..pengaruh.. (yang entah dari mana aku pun kurang pasti).. Aku ada pengalaman, menanda buku latihan budak tingkatan 1 dan 2.. Ya ampun.. kalau yang bagus, bagus sangat.. kalau yang kurang bagus? Main redah je eja macamana diorang suka. Lawak ok. Huhuhu..

Tapi, benda ni kalau kita yang dewasa (yang boleh fikir yang matang sangat ye dop?) tak tegur yang cilik-cilik ini, siapa lagi yang nak tegur? Kalau diorang bijak bestari, stock Adiputra belaka tak mengapa lah kan? huhuhu.. Tapi pada aku, kalau aku jumpa, aku tegur.. Supaya taklah diorang selamba badak je guna bhs SMS dalam karangan surat rasmi  time exam kat sekolah.. hahaha.. Tapi,kalau dapat kat akulah tambah-tambah lagi yang kaya sangat dengan huruf W ni, memang aku hentak-hentaklah.. hahahaa.. Tak sukewww tawww ... Damn! hahaaha..

So,kalau ada adik2,sepupu sepapat, adik kawan, anak kawan, anak jiran ke, kalau rasa prihatin, tegurlah.. Bukanlah kena skema nak eja panjang-panjang.. Tapi, kalau sampai shortform melampau-lampau terbawak2 dalam penulisan, plus bunyi macam gewwwdikkk je..hahaha.. haruslah disound sekali dua.. Supaya nanti taklah gedik sangat bila menaip sms ... hahahaa...

Jadi, inilah cerita hari Jumaat aku..  Aku bukan langsung tak guna bhs SMS ni, ada.. Tapi, sekadar berkongsi apa yang berlaku di sekeliling kita yang kadang-kadang kita kurang sedar kesannya kemudian hari.. Yang terasa, maaf.. Saya pasti anda semua sudah selesai menduduki exam PMR, SPM mahupun STPM.. kehkehkeh...

 



# Selamat Berhujung Minggu ... Bye!



17 November 2011

Evolusi...


Bila saat pertambahan umur kian hampir... terfikir sejenak.. inikah evolusiku? :)



# Anda bagaimana?

Bye!

16 November 2011

Tak salah 'kot' kalau...

Assalamualaikum..

Hari ni aku mengupdate agak lewat. Ye, lewat sebab apa? Busy! Keja banyak. Kena menaip segala.. huhuhu.. Tapi, dalam menaip2 pun sempat jugak berfikir, apa aku nak update hari ni ye?

Then, aku terpanggil (sapa panggil?entah...hahaha) untuk menulis tentang satu isu cewahhh isu konon, err...apa eh? ok, tentang satu keadaan yang mana aku rasa sangat sinonim dengan pasangan remaja yang bercinta,(couple kalau budak-budak sekarang ni panggil, kemainn lagi..huhuhu)  kemudian putus.. :)

Akhir-akhir ni, aku selalu dapat sms daripada kawan-kawan aku (jauh dan dekat, rapat dan tak berapa rapat) mengadu masalah diorang pada aku..Masalah apa? of course lah bab hati dan perasaan.. (hang bajet Dr.Love padahal masalah sendiri tunggang langgang lagi..LOL)

Ha, itulah aku.. orang bercerita, aku mendengar.. Apa kisah sebenar? (takkan aku nak citer kat sini??Tak amanah ok) hehe.. Tapi, tentang hati dan perasaan ini bukan sesuatu yang aku kira mudah untuk kita deskripsikan (wah,tinggi bahasa LOL) unless korang adalah umat yang tidak mempunyai nafsu,rasa dan jiwa.. hahahaha... Dalam percintaan, (yang kecundang selalunya) akan ada satu pihak yang berdendam dengan satu pihak..(kebanyakkannyalah, kalau korang tidak, maka TAHNIAH dari aku). Akan ada sebelah pihak yang sering menyalahkan pihak satu lagi. Itu normal. sebab kita manusia biasa bukan malaikat. kan? Tapi, ada juga di mana keadaan yang dendam ini sampai ke tahap kritikal, contoh mudah (bomohkan pasangan masing-masing, ugut macam-macam, keluarkan kata-kata kesat dan juga sebarkan segala cerita samaada betul atau tak kepada orang lain) Why all this happened??
Sedangkan masa korang bercinta, korang tak pernah terfikir nak buat benda-benda ni semua kan? Dan kalau pun dah putus, kenapa nak berdendam sampai begini teruk? Bagi aku, dunia ni kecik saja..Esok-esok, jumpa lah balik.. Kalaulah kita hebat sangat mengaibkan orang, bercerita itu dan ini yang sepatutnya menjadi rahsia bersama (walaupun dah berpisah) , pernahkah kita terfikir apa yang dirasai oleh pihak yang terlibat? Yang kita aibkan? Sudahlah kita melakukan perkara yang menyakiti hati dia (tak kisahlah apa pun) kemudian kita tambah dengan sikap macam ni lagi seolah-olah kita terlalu hebat untuk menjatuhkan dia.. MasyaAllah..

Cinta bukan hanya suka, bukan hanya sayang, bukan hanya kasih..Tapi cinta juga adalah hormat-menghormati, bertolak ansur dan bertimbang rasa.. Memang, jika kita tengah marah, segalanya akan terlepas keluar..(ini juga normal bagi kita manusia biasa , bukan malaikat..sekali lagi.ehem.) Tapi, percayalah, 2,3, hari selepas itu, semuanya akan hilang dan akan timbul satu perasaan sama ada menyesal @ bersalah (selalunya perempuan lah) tapi bergantung juga pada keadaan.. Dan bagi pihak yang satu lagi, tak salah kot kalau korang juga memberi sedikit ruang kepada pasangan korang untuk dia kurangkan rasa bersalah yang menyelubungi diri dia..(kalau dah tak dapat terima sebagai kekasih, tukar kepada kawan)...

Ada juga keadaan di mana sang kekasih meninggalkan kekasih lamanya hanya 50% tetapi, telah pun pergi kepada kekasih barunya.. Dan bila dia mengalami masalah, dia balik semula kepada kekasih yang ditinggalkan hanya 50% tadi.. Alahai.. Logik akal kah perkara begini dilakukan?? Kita bukan siapa-siapa untuk memainkan hati dan perasaan orang lain.. Tak salah kot kalau berterus terang dan teruskan apa yang telah dipilih dalam masa yang sama tidak mendatangkan bebanan kepada orang lain.. Mudah bukan? (ye, cakap memang senang.ok sila hentam aku. :) )

Hidup ini singkat.. Dunia ini kecil .. Perlukah berdendam sedemikian rupa? Masa nak berkenalan, nak mendapatkan, nak dia jadi milik kita, manisnya bahasa.. Tapi, apabila sudah jemu, nak ditinggalkan pergi, kenapa meninggalkan dengan cara yang begitu keji? Sehingga sanggup memaki? sungguh jaki. Aku mendengar pelbagai cerita.. Kadang-kadang aku terfikir, apakah yang ada dalam hati mereka-mereka ini? (aku tak baik mana,aku juga manusia biasa) Tapi, mungkin..mungkin disebabkan rasa marah yang melampau, rasa dendam yang membara, maka tindakan yang tak sepatutnya terpaksa diambil.. Sekali lagi, itu normal..Kita hanya manusia biasa..Tapi, tak salah kot kalau kita melepaskan segalanya dengan cara yang baik? Baik kita ambil, baik jugaklah kita pulangkan .. susah? tanya diri..

Hidup akan menjadi gundah bila dalam hati kita tertanggung dendam dan ego yang melampau..Ye, susah. Tak salah kot kalau kita sentiasa ikhlas dan menerima kesalahan orang lain dengan hati terbuka.. Jika dia meminta maaf, maafkan... Jika dia perlukan kita sebagai teman, jadilah teman yang diperlukan seadanya.. Cuma, harus bijak membuat tindakan.. Jika diri kita seolah-olah dipergunakan, berhenti. Pertahankan hak kita.. Hati kita bukan mainan.. Sebab apa aku cakap macam ni? Mungkin nanti 1 hari kita dah berkahwin, punya anak, sampai satu hari kita dapat tahu, anak kita berkawan rapat dengan anak Ex-kita.. Takkan ko nak,'eh, jangan kawan dengan anak aku, sebab bapak ko dulu ex bf aku'.. LoL LoL LoL...(selingan, aku penat dah nak berbunga2 bahasa)..



Tapi, inilah dia hakikat bercinta..(wah wah wah.. ko pandai sangat cakap bab cinta..hakkktuihh) hahaha... Akan ada 1 pihak yang menang, dan akan ada 1 pihak yang kalah.. Tapi, bagi aku, mudah. Kita menang, atau kita kalah itu bukan perkara yang perlu dibanggakan atau kita nak merasa down sebab itu.. Cukup kau ikhlas memberi cinta kau walaupun kepada orang yang salah, cukup kau redha dengan ketentuanNya, dan cukup kau yakin kau mampu memaafkan dia dan menerimanya dengan hati yang terbuka seluas-luanya.. Ya, kau telah berjaya selamanya..  

Kadang-kadang kita lupa pada kuasaNya.. Kita lupa kita ini siapa.. Kita marah, kita ego, kita dendam, kita tak nak mengaku kita salah, tapi pada hakikatnya.. kita adalah yang paling kalah antara yang kalah.. (ada ke ayat cmni? lantak..haha)..  So, tak perlu kita nak mempergunakan orang lain, meletakkan kesalahan pada mereka yang lain, tapi cuba kaji dimana kelemahan kita... Walaupun orang tersebut tidak mahu memaafkan,itu bukan urusan kita. Hiduplah dengan aman tanpa rasa dendam, yang lain-lain biar masa menentukan..

Kepada sahabat -sahabat aku, (yang masih dan pernah menjadi sebahagian daripada hidup aku), lakukanlah segalanya dengan ikhlas tanpa ada dendam.. Redhalah dalam setiap apa yang berlaku.. InsyaAllah, Allah itu Maha Mengetahui.. Enjoy your life, I always love u'olss.. :)





# Aku dah boleh jadi Dr.Love tak agak2? kuangkuangkuang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...