10 November 2011

Qurban ku di Cameron Highland- Part 1


Assalamualaikum..
Wah Wah Wah.. Lama ni x beronline..Bila tak beronline,makanya hilanglah dari dunia maya ni sat.. But now I come back..acececeh…ko bajet artis ade come  back bagai.. haha.. Yeah, lama hilang sebab sibuk beraya (beraya la sangat..huhu). Actually, aku tak beraya pun..Macam entry sebelum ni, aku ada bagitau aku nak pergi Cameron Highland..And syukur sangat tercapai gak hajat nak bercuti tuh..Hehehe..


Aku akan selitkan dengan gambar.Gambar-gambar ni aku dah tapis..Kalau ikut hati nak je upload semua 500++ gambar yang aku snap.Tapi, sebab aku masih sedar diri, haha..maka aku pilih mana-mana yang aku rasa ‘berjenis’ je untuk dikongsikan.. 

Ok, aku nak buat berpart-part sebab memang giler kalau nak citer semua keseronokan dalam satu entry jer..hahaa.. Ok for the 1st par t ni tengok la setakat mana aku rasa aku mampu nak menaip yer..hehe..

 
6hb Nov 2011- Ye, Raya Haji.Petang tuh pukul 1.30pm cm tuh, aku sampai kat Jetty Butterworth.Aku kena naik bas kat sini sebab kat sini je pun yang terus sampai ke Cameron tanpa perlu aku transit kat Ipoh (kat SP tak ada bus yang direct pi Cameron). Sapa yang pergi? Oh, lupa. Hee..Aku, mak aku, kazen aku (fiqah) dan adik bongsu aku (Akim)..Bus sampai dalam pukul 3pm cm tu..Simpan beg semua, naik la kami..Dalam 3.30 bas tu pun mula la bergerak perlahan-lahan..Dalam 30min camtu, baru aku perasan hanya kami berempat sahaja Malay…Yang lain?? Semua Nepal, Mynmar, Vietnam… Alamak..rasa cam international trip la plak..kahkahkahkah.. (tak bole blah, bau macam2..selamat aku tak muntah.haha)

Then dalam 2 jam pastu, kami sampai la kat Medan Gopeng..Dia berhenti sini dalam 30minit camtu untuk kami ‘melepaskan hajat’ segala.. Then dia sambung perjalanan..Ya Ampun, punya la lambat nak mendaki jalan yang bengkang bengkok tuh…ye ke bengkang?(cam nama kuih..haha..) ok2, berliku2..Haa..tapi aku hebat. Tak muntah tak pening tak gayat okehh..kahkahkah.. steady je k..haha..sebab pa? over excited.hahahaa.. Tgh  mendaki tuh, pak ngah aku yang da tunggu kami kat Cameron tuh msg, ‘ayu, cakap kat driver tu berhenti kat Kea Farm.Pak ngah ada kat gerai.” OK-aku balas..Dalam kepala aku, ape KEA farm??Bunyi cm IKEA..hahahaa.. lantak la, aku pn pegi  la bgtau uncle bus tuh.. Then dah malam gelap gelita, aku xdpt la tgok pape kat luar tgkp. Just lampu2 je…Pastu aku cam gelabah je..Mula aku nampak signboard  KG.RAJA..pastu depan sikit TRINGKAP.. wehhh, mana KEA FARM? Hahaa.. perak  jakun gelabah semua ada.Nak tnya orang, alahai semuanya international people..Speaking English? Should I ? hahahaa.. poyo. Pastu, aku kecoh2  dekat mak aku.Mana nye KEA Farm ni? Camana nak taw dah sampai?(Padahal boleh je pi tanya driver, tapi malu malas nak pegi depan dengan harapan driver bus tak lupa nak drop kami kat KEA farm tuh) hahahaa.. Then, tetibe orang Vietnam depan aku yang perasan aku cam cuak pun bgitau, ‘kak, tak sampai lagi. lagi 15minit’… Nah, lega! Hahaha.

Then, tak lama pastu kami smpai la…Betul2 depan kedai Pak Ngah aku. Driver bus tu pun bercerita, yang dia memang kenal rapat dengan Pak Ngah aku tuh.Haiisshhhhh! Asal u tak bgtau awal2 apek?hahaha.. Buat penat aku cuak je! Then sampai2, turun2 sejuk ya amat..Padahal dalam bus steady je.Dah jumpa Pak Ngah aku,salam2 semua makan2..Dia pun bawak kami balik..

Rumah dia sangat la heaven ok. (aku tak pernah datang, 1st time jadi normal kalau aku jakun) hahahaa.. Malam tu x banyak sembang, sebab penat semua.. So, ini la pic kepenatan..Sempat lagiiiiii….


  Muka penat tapi tetap tak nak mengalah dengan camera.. wakakaka


7hb Nov 2011- Hari kedua. Pagi-pagi bangun, gilerrrrrr sejuk! Aku ni bangsa yang takut sejuk adoiyai..Macamana nak mandi  woi? Hahaha.Sejuk  yang  amat sangat. Air panas pun aku rasa sama jer.. (cite pasal mandi dah 3 baris)..ok2, siap semua aku kuar dengan anak Pak Ngah aku pegi kedai dorang. Nak wat ape? Breakfast lar..ape lagi. Oh ye, Pak Ngah dan Mak Ngah aku subuh2 dah pergi kedai makan dorang. Sampai sana, ramai gile orang k..memang best  tengok bisnes dorang.. Pak Ngah aku pun hidangkan nasi lemak dengan milo panas kat kitorang..Baik betul dia..hee. Time ni macam hujan tapi kazen aku cakap gerimis pagi.. ke embun pagi? Haha..Entahlah, yang aku taw memang sejuk gile2. Aku dengan Akim dah jakun2 hembus2 mulut..hahaa.. cakap sikit kua asap kat mulut..hahahahaa.. asap ke? Lantak sana. Hahaa.. ‘macam kat Korea’..adik aku cakap. Habis makan, pak ngah aku cakap, jap lagi naik van. Haa? naik van ape? Dia cakap, dia da tempah 1 van untuk bawak kitorang pergi berjalan2. Waaaaaaa!! Dia bz, x sempat nak bawak.Eh, ayu Ok je! (aku mcamana pun takpe, janji jalan).hahaha.. Then pukul 9am kami da start melancong..hahaa .Aku sangat tak sangka, rupanya 1 van tuh hanyalah untuk kami  berempat sahaja. Pak Ngah, I LOVE YOU so much la! Hahahaa..Tak payah berhimpit2  macam van2 pelancong lain.kehkehkeh (ko nak diva  je kan?) hahaha..

Van yang best. hahahaa..  *over*





Pak cik driver tuh kenalkan nama dia, Suhaimi. Pak cik Suhaimi ni mula bawa kitorang pegi Tea Farm. Ala, Ladang The Boh tuh la..Malas aku citer, nah layan gambar..huhuhu..


 Aku dengan sweater mafla segala bagai.. Sejuk wehh..ko tak nampak kabus tuh? huhuhu

 Akim maskot ladang teh. hahaha
Tea' Ria Refreshment
The  view yang sangat segar..memang umpphhh lah! :)


Aku tak beli pape pn kat sni. Tak berminat .Tapi aku masuk la kilang dia..Tapi malang, hari tuh kilang tuh tak beroperasi. Dorang cuti, x de la aku dpt tgok cmne teh  yang  sedap tu diproses..huhuhu..

Habis ber’teh’ di situ, kami terus melawat ke Rose Valley..Kena bayar sini. Adult-Rm4, kanak-kanak RM2.
 Ok, gambar lagi ..:)
Aku tak paham nape signboard dia buruk. Mungkin nostalgia? haha..

Semua merah. Yes, I LOVE RED ! wink*
Akim, Aku, Mak


 Okeh.. dah citer panjang lebar.. Jap2 lagi kalau RAJIN , (kalau OK.. aku update lagi..pening dah aihhh dok ngadap PC ni lelama...) hahaha.. to be continue yaw ----->



05 November 2011

Salam Eid Ul-Adha


Assalamualaikum.. :)


Esok, seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Qurban/Korban/Haji/Aidil Adha.. Tak kisahlah yang mana korang sebut, janji maknanya sama kan? Kalau di negeri utara ni, atau jugak negeri2 di selatan dan pantai barat Malaysia, mungkin sambutannya tak semeriah orang-orang di Pantai Timur kan? Aku pernah dengar orang-orang Kelantan, Terengganu sambut hari raya haji ni lebih meriah dari Raya Aidilfitri.. (teringin nak try-test-tengok cmne meriahnya..) hehe.. Walau apapun, aku nak selitkan kisah sebenar atau asal usul tercetusnya Hari Raya Korban ni.. (sebenarnya aku pun nak refresh balik pemahaman aku tentang hari raya haji ni..sebab dlu masa sekolah rendah bila ustazah citer, aku suke berangan benda lain..maka, tak la aku paham sangat..hahaaha) Kalau yang dah al-maklum, tak salah pun kalau baca jugak..

sharing is caring yaw ! :)

Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Ini alkisahnya...ooooo... betapa besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim dan betapa taatnya Nabi Ismail pada perintah Allah swt... Tapi, atas kekuasaan Allah, anak tersebut telah ditukarkan kepada kibas.. Subhanallah... 

Hadith dari Aisyah Radiallahu-Anha yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Termizi dan Al-Imam Al-Hakim, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang  maksudnya:
Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban).  Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya.  Dan sesungguhnya darahnya jatuh di sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi.  Maka berkiralah diri kamu dengan korban. 

Ini kisah yang nak aku kongsikan bersama.. Sama-sama lah kita menghayati erti sebenar Hari Raya Korban ini.. Tanpa ada rasa untuk berkorban, maka kita akan menjadi seorang manusia yang hanya mementingkan diri sendiri.. 

Musuh utama kepada pengorbanan itu ialah syaitan dan hawa nafsu, ia berusaha supaya manusia sayang kepada wang ringgit, takut rugi atau membuang masa dan bermacam-macam godaan dan pujukan lagi.




Pernah dengar bukan, 'cinta perlukan pengorbanan?' Tapi, bukan cinta kepada bf/gf yang aku nak sampaikan kat sini.. huhu....Tapi lebih dari itu..

Berkorbanlah apa saja, harta atau pun nyawa...untuk agama dan bangsa :)


Selamat Hari Raya Aidiladha u'olss.. :) 




P/s :aku tengah sibuk packing baju nak pegi  Cameon Highlands petang raya. Mood : Teruja! :)
 

Don't waste !

Assalamualaikum..

Don't waste what?? Money? Time? Huhuhu... aku tetiba rasa nak menulis tentang pembaziran...Pembaziran apakah? Macam-macam.. Tapi, untuk entry ni aku nak bercerita tentang pembaziran hati & perasaan..

But, please remember INI BUKAN BLOG CINTA.. maka, aku takkan bagi tips bagaimana menjadi kekasih hati yang baik atau bagaimana menyemarakkan hubungan cinta anda etc.... (bluekk , muntah) hahaaha..

Aku suka membaca manusia.. (membaca? apakah? ) haha.. Maksud aku, aku sangat suka melihat ragam, kerenah dan akhirnya menilai ..''oh, macam ni rupanya dia.." Tapi, aku takkan sibuk2 nak gitau kat orang tuh.. eh, ko ni mcm ni mcm tu, NO. aku takkan cakap.. just aku paham-paham sendiri je lah.. sebab aku pasti, sesiapa pun tak suka orang lain mengatakan yang buruk tentang diri mereka kan? Aku pun sama. Tapi, bila orang lain menegur kita (yang buruk) maknanya sama ada memang betul-betul dia nak kita sedar kekurangan kita atau dia sengaja menjatuhkan kita.. Lihat pula dari segi bagaimana dia menegur kita.. Sebab pada aku, hanya orang lain boleh nampak kekurangan diri kita.. Am I right? huhuhu..

Apa kaitan dengan don't waste tadi? haha.. Ada kaitan. Kesinambungan daripada cerita di atas lah.. Pada aku, kalau lah orang asyik nampak kekurangan kita, (sama ada dia tegur secara langsung atau tak) lama kelamaan kita akan rasa down.. Betul tak? Memang kita kena terima pandangan orang lain, tapi kalau semuanya yang tak elok, is there any way that we can choose to build up ourself?? Masih ada lagi ke?? Kalau asyik je kena hentam..kan? So, sebagai jalan penyelesaian, (ini yang aku selalu buat untuk diri aku)
Just Leave.. Yeah, tinggalkan mereka yang tidak pernah tahu menghargai.. Kita juga manusia biasa. Kita bukan sempurna..Kalau asyik pandai mengata yang bukan-bukan (dah tu pulak, hentam kita kaw-kaw punya) maka...Hey, tunggu apa lagi? TINGGALKAN GOLONGAN SIA-SIA  ini..

DON'T WASTE ! yeah! akhirnya aku guna jugak tajuk entry..hahahaa... Ini yang aku buat. Tak perlu membazir masa, tenaga dan usaha kalian berfikir bagaimana mahu memenangi hati mereka-mereka seperti ini. Cukup sia-sia. Tak kira lah, kawan, sahabat, teman,taulan (pada aku setiap perkataan ini maknanya berbeza) mahupun BF/GF korang sendiri.. hahaha.. pandai nak bagi nasihat sangat ye ko Ayu.(kalau suami/isteri..errr..aku kurang pasti sebab aku tak terfikir untuk berkahwin skg) haha..
Aku cakap apa yang aku rasa. Korang tak nak ikut, terpulang. Betul what? Dari kita membazir waktu untuk improve diri kita bagi meneruskan relationship yang terjalin, sedangkan mereka ini hanya pandai menuding jari.. maka untuk apa kita terus berusaha??



Kat mana nak cari t-shirt sempoi camni?? huhuhu

Aku banyak belajar daripada pengalaman Kalau dulu aku selalu sangat berfikir apa yang orang cakap kat aku..Apa yang orang tak suka..Apa yang aku perlu buat untuk menyenangkan semua pihak..Tapi, lama kelamaan aku mula terfikir, hey what the hell that i'm doing rite now??hahahaa.. Orang tak sibuk pun fikir tentang aku?? So, I decided this ..'Kau tak suka, kau boleh pergi. Aku tak suka, aku pergi'. hahaha..
Kawan, cinta datang dan pergi. Tak ada yang kekal, kecuali cinta kepadaNya yang Maha Esa..

Ini sahaja yang aku nak kongsikan. Kepada yang langsung tidak pandai menghargai insan-insan yang berada di sekeliling anda, tak perlu berubah. Teruskan dengan sikap anda. Siapa kami untuk mengubah anda?  :)

Just stay away from my life, because I absolutely don't need you my dear ..huhuhu..
(Aku tak putus cinta). harap maklum ! hahaha..

Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...